Peluang!!! Mengadakan Aktiviti Luar BERSAMA Tapak Perkhemahan KemSriPilah MENGHADAP Betul-Betul Tepi Sungai , Lari Dari Kecoh Kota..Sentiasa Di Sulam Suasana Pinggir Hutan..Kurang Dari 24 Jam...

  Langkah Bijak Anda Bermula, Setelah Anda Berjaya Merungkai Satu Persatu Keistimewaan Tapak Perkhemahan KemSriPilah Serta Pulang Dengan 9 Nilai Keistimewaan di Akhir Pembacaan.Pengembaraan Anda Bermula!!!

KemSriPilah adalah Tapak Perkhemahan Berpatutan berkonsepkan perkhemahan pinggir hutan & berdekatan sungai yang mengekalkan konsep KHEMAH yang pastinya "Lebih Ekstrem" mampu menguji ketahanan mental peserta-peserta anda sebenarnya. KemSriPilah masih menjadi pejuang bagi penyediaan Tapak Perkhemahan untuk memenuhi kehendak anda.

Testomoni Tapak Perkhemahan (2)
tapak perkhemahan Kem Sri Pilah Testimoni 1
Testimoni Tapak Perkhemahan (10)

Antara faktor utama, badan penyelaras perkhemahan memilih Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah adalah kerana kesesuaian Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah berada di pinggir hutan dan di tepinya punyai sebatang sungai yang amat di perlukan oleh setiap badan penyelaras untuk menjayakan aktiviti mereka.

Dengan kombinasi pinggir hutan & beserta sungai yang tidak putus-putus membolehkan anda melakukan aktiviti luar mahupun yang menggunakan Tapak Perkhemahan KemSriPilah ini untuk Majlis Perkahwinan itu terpulang kepada kreativiti masing-masing.

Di tambah pula dengan fasiliti yang melengkapi aktiviti luar anda antaranya Dewan Serbaguna MERANGKAP Surau, Tandas yang mampu menampung peserta 60 ke 80 orang dalam satu-satu masa siap dengan TILES lagi tu.

Penyediaan makanan anda tidak lengkap dengan adanya Ruang Penyediaan Makanan yang selesa punyai kemudahan asas antaranya Elektrik, Air, Meja yang Stabil yang mampu menampung aktiviti kumpulan anda SIANG & MALAM. 

Anda Kini Sedang Berurusan Bersama Admin Kem Sri Pilah

Hai Assalamualaikum Semua, & Salam Sejahtera. Saya perkenalkan nama saya azali zulkarnain, admin Tapak Perkhemahan KemSriPilah. Berpengalaman lebih 2 tahun dalam pengurusan program aktiviti luar khasnya dalam program sekitar tapak perkhemahan.

Servis yang kami sediakan adalah dari tapak perkhemahan yang berada di pinggir hutan punyai fasiliti yang mampu menampung peserta seramai 139 orang dalam satu - satu masa.

Pengalaman lebih dari 2 tahun mematangkan saya untuk berhubung dengan pihak tuan/puan terutama dalam mengenal pasti pakej yang sesuai dengan budget dari pihak tuan.

Sekian,

admin Tapak Perkhemahan KemSriPilah.

azali zulkarnain,

Admin Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah
testimoni tapak perkhemahan (7)
testimoni tapak perkhemahan 6
Testimoni Tapak Perkhemahan (4)
Testimoni Tapak Perkhemahan (5)

 Kreativiti Group ni  Bermalam di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah Hanya Berbumbungkan Caravan.

Tapak Perkhemahan KemSriPilah

Di tambah pula dengan gua batu yang boleh di lawati juga lebih 10 jeram yang patut anda lihat  di sini antara KEISTIMEWAAN seketika bakal anda miliki dengan Tapak Perkhemahan KemSriPilah dengan hanya 3 hari 2 malam mahupun 2 hari 1 malam.

Kami tahu anda mahukan sesuatu yang lain dari yang lain, Betul ke Betul? di mana anda punyai keinginan melakukan aktiviti luar pastinya luar dari kebiasaan dan punyai 4 ciri keistimewaan iaitu berada di betul-betul tepi sungai, berada di pinggir hutan, gua batu yang boleh dimasukki ,serta punyai 10 jeram sekitar Tapak Perkhemahan KemSriPilah.

Anda PENGELOLA AKTIVITI? Izikan saya bertayakan soalan ini.

Bayangkan anda berada sebagai seorang PESERTA tak kisah dari pelusuk IPT ke IPTS , sekolah rendah mahupun sekolah rendah ada satu (1) soalan yang perlu anda jawab!

Mahukah anda mengadakan aktiviti luar hanya di persekitaran sekolah ataupun universiti anda sahaja? Boleh anda bayangkan  perasaan anda pada ketika itu? Mungkin juga REDHA ataupun hadir dalam paksaan.

Dalam hati kene juga datang! 3 hari 2 malam jer! kalau tak hadir tak lulus aku nanti, bisik anda dalam hati. Saya biasa lihat, dimana ada juga segelintir pihak yang pacak KHEMAH tengah padang sekolah, "Kurang Budget Katanya", "Malas nak sebut nama", Kesian sangat kerana anda boleh mengadakan aktiviti di sini menggunakan kemudahan yang ada semaksima mungkin.

Saya sekadar berkongsi saat-saat manis bila terpandang wajah-wajah mereka yang hadir untuk mengadakan aktiviti sekitar tapak perkhemahan KemSriPilah. Saya rasa anda patut luangkan masa emas anda bersama tapak perkhemahan KemSriPilah yang pastinya berbaloi.

Ingat!! ini hanyalah satu cadangan sahaja.

 

Sedikit Penerangan Berkaitan Khemah Special Ni

tapak perkhemaha kem

Jangan lah rasa terhina jika anda hanya menggunakan khemah semasa menjalankan aktiviti di sini. Tapak Perkhemahan KemSriPilah kini mengfokuskan & mempromosikan konsep perkhemahan.Penginapan menggunakan khemah juga mampu mendisiplinkan peserta anda kerana lebih menekankan prinsip disiplin dari permulaan hinggalah ke pengakhiranya.

Ini fakta! Perkhemahan di dalam fikiran anda, menginginkan keselesaan seperti di rumah anda ternyata silap sama sekali.Di waktu ini lah anda perlukan sesuatu ketidakselesaan sementara bagi peserta anda untuk di jadikan panduan untuk jangka masa panjang.

 

Testimoni Tapak Perkhemahan (3)
Testimoni Tapak Perkhemahan (1)

9 Sebab Keistimewaan "Tapak Perkhemahan KemSriPilah" yang tidak mampu anda Abaikan.

1.Tapak Perkhemahan KemSriPilah Mampu Menampung 139 Peserta Pada Satu-satu Masa.

Khemah Tapak Perkhemahan

Terbukti!! Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga mampu menampung peserta seramai 139 orang pada satu-satu masa.Berapa anggaran peserta anda?

Ini adalah gambaran sekitar Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang mampu menampung seramai 189 orang peserta dalam satu-satu masa.

Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah juga bercirikan keselamatan kerana jauh dari jalan raya, bagi ibubapa maka dinasihatkan supaya tidak perlu risau dengan keselamatan anak-anak anda semasa berada di sini.

2. Di kelilingi Pokok Buah-Buahan.

Tapak Perkhemahan Sri Pilah di kelilingi oleh pokok buah-buahan iaitu pokok rambutan.Mesti anda sudah biasa sangat dengan Pokok Rambutan,betul tak?

Tapak Perkhemahan anda bakal di kelilingi oleh pokok buah-buahan sekitar Tapak Perkhemahan KemSriPilah.

Bermacam jenis rambutan yang ada di sini ada! Anda perlu  alami sendiri bagaimana rasanya berada dalam dusun buah-buahan.

Detik di mana anda dapat petik buah dan terus makan memang syok lah! Dan anda akan rasai tidak lama lagi apabila bersama Tapak Perkhemahan KemSriPilah.

WhatsApp Image 2018-09-25 at 08.24.26

3. Tapak Perkhemahan KemSriPilah Punyai Pagar Keselamatan.

Tapak Perkhemahan 90

Kami cuma ingin nyatakan di sini bahawa Tapak Perkhemahan KemSriPilah telah dilengkapi pagar keselamatan. Moga guru-guru sekolah,pensyarah IPTA/TS kini tidak perlu risau lagi kerana KemSriPilah telah lama di lengkapi ciri-ciri keselamatan seperti ini.

Kami amat menitik beratkan keselamatan peserta-peserta kerana bagi kami tanpa anda maka kami juga tidak layak menjadi sebuah penyedia tapak perkhemahan.

Kami ingin menjelaskan bahawa Tapak Pekhemahan KemSriPilah berada bersebelahan sebatang sungai.Sekiranya anda memilih kami bagi program anda alamilah sendiri.

4. Berada di sekitar gua batu

Dari senyuman mereka sahaja anda sudah tahu betapa puasnya hati mereka kerana dapat bergambar pada sebahagian gua yang ada di sekelilng Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Untuk sampai ke sini,cuma beberapa minit sahaja dari Tapak Perkhemahan KemSriPilah dan anda tidak perlu risau langsung kerana anda bakal dibawa ke Gua ini dengan kendalian Guide yang akan bersama dengan anda kelak.Kami tidak akan lepaskan anda tanpa tujuan yang tidak pasti.

Gua Tapak Perkhemahan

5. "Swimming Pool" Old School

Tapak perkhemahan kemsriPilah 32

Di kisahkan pada suatu ketika dahulu Tapak perkhemahan KemSriPilah adalah sawah padi.Betul ke ni? betul! dan sekarang sawah padi itu menjadi sawah kering & dijadikan Tapak Perkhemahan KemSriPilah.Oleh kerana ini lah terhasilnya empangan batu ini.

Itu cerita lama,tapi kini ianya menjadi tempat untuk mereka-mereka yang terpilih untuk memilih kami sebagai salah satu tapak perkhemahan untuk anda menjalankan aktiviti.Di sini anda juga  boleh menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan program anda.

6.Bagaimana jika ini adalah gambar anda?.

Di sini memang banyak tarikan yang perlu anda tahu antaranya lebih 10 air terjun yang sesuai untuk berkelah dan bersantai bersama keluarga.Airnya yang jernih dan tidak membahayakan pengunjungnya.

Kedatangan anda memilih tapak perkhemahan Kem Sri Pilah sebagai tuan rumah kepada aktiviti yang akan anda jalankan nanti disambut oleh beberapa jeram yang sedia menanti kedatangan anda antaranya Jeram Tinggi,Jeram Licin dan beberapa nama jeram yang tidak dapat kami sebutkan di sini.Cukuplah dua nama sahaja yang perlu anda tahu setakat ini.Nak sebut semua,takut panjang sangat.

Air Terjun Tapak Perkhemahan

Kepada jenis  makan gaji dan sering stress dengan kerja anda sekarang.Dimana anda perlu lepaskan stress anda itu? Dimana lagi jika tidak ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah. Rancanglah masa yang sesuai untuk digunakan sebaiknya dengan memilih kami sebagai tuan rumah bagi memenuhi aktiviti anda.

 

7.Rasai Calang Lebah!!!

Calang Lebah Tapak Perkhemahan

 

 

Bagaimana anda melihat "calang lebah" ini sebagai satu benda yang unik & rare.Di persekitaran Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah mengandungi pelbagai unsur semulajadi yang jarang di jumpai.

Jika anda memilih untuk mengadakan program di tapak perkhemahan Kem Sri Pilah ada akan di bawa ke sini.

Melihat hanya dalam gambar adalah sangat berbeza dengan realiti.Cuma ini adalah salah satu tambahan yang bakal anda rasai di persekitaran Kem Sri Pilah.

Cuma mereka yang tahu akan sesuatu kelainan akan menghargai kelainan.Jom kita sama-sama datang ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Cuba anda teliti dan tenung dalam-dalam gambar ini! adakah terpancar raut wajah muram di sebalik gambar jejaka tampan ini?Pastinya tidak.

Bahkan terpancar wajah kegembiraan bercampur teruja mencuba calang lebah di sekitar Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

8.Gua Batu Sekitar KemSriPilah

Tapak Perkhemahan

 

Gambar ini adalah gambar gua batu semulajadi yang ada di persekitaran tapak perkhemahan kem sri pilah.

Oleh itu,anda yang bakal atau akan mengadakan aktiviti di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah seharusnya merancang dari awal.Jika anda gagal merancang,anda dah gagal dalam perancangan aktiviti anda.

Cuba bayangkan anda post gambar ini ke fesbuk...agak-agak berapa ramai yang like dan comment.Mesti ramaikan!Nak-nak pula gambar ini berubah menjadi gambar anda setelah anda mengadakan aktiviti di Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

Anda sebenarnya rugi jika anda ke perkhemahan kem sri pilah tetapi anda tidak dapat kesini...kesian,rugi lah alamatnya.

 

 

 

 

9.Ambil alih tugas [tarzan] buat sementara waktu.

Awas!! [Untuk Tontonan Umum] Tarzan "Buyaian Tunggal" 

 

Kita biasa sangat dengar "tarzan" di sini anda boleh cuba jadi "tarzan" nak menjerit pun tak kisah.... Anda akan di bawa ke sini apabila anda membuat pilihan bijak memilih tapak perkhemahan kami sebagai tempat perkhemahan anda.(Lihat saja gambar di ini).Jeritlah sekuat mungkin tinggalkan stress anda kepada kami,kami mampu menerimanya.Pulanglah dengan perasaan yang tenang.

 

Kami harap anda bakal pulang dengan satu perasaan yang tenang selepas anda tinggalkan "tekanan stress" anda kepada kami,jadi dimana untuk merasai kenikmatan menjadi "Tarzan".Dimana lagi jika tidak ke Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah.

 

Ambil satu langkah bijak untuk bersama kami dalam menyelami ketenangan alam bersama Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah yang jauh dari riuh kota.

Buyaian Tunggal Nama Diberi, Sekali Cuba Pasti Berani,

p/s: Setiap gambar adalah hak milik Tapak Perkhemahan KemSriPilah.com

Seorang Prof...UPSI Tinggalkan kata-kata seperti ini selepas ke sini

Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin

Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

"Saya dapati Tapak Perkhemahan Kem Sri Pilah ini memang selari dengan namanya,iaitu sri!!Sri maknanya cantik,memang cantik sebenarnya.Persekitaran yang masih belum dikacau sebenarnya ada suasana air terjun,hutan yang menghijau.Kalau untuk proses mencari ilmu,mencari ilham,untuk menyatukan keluarga,untuk berfikir,tempat ini adalah satu tempat yang cukup unik.Sekelilingnya yang penuh dengan sejarah.Kalau kita lihat di luar penuh dengan hutan-hutan batu di sini memang hutan yang sebenar yang boleh kita menyatukan keluargamenyedapkan hati dan bermacam-macam lagi yang boleh kita cari disini.Bersantai sambil merapatkan tali silaturrahim,muafakat, musyawarah, budi sopan dan santunya yang ada di sini memang cukup menarik memang patut kita hadir disini untuk merasai betul-betul,apa nikmat yang sebenarnya?.Terima Kasih."

"Video di bawah adalah BETUL2 & Bukan Rekaan" 

Anda akan ke sini setelah bersama Tapak Perkhemahan KemSriPilah setelah mendapatkan pakej jungle tracking.

Cuba anda kira berapa tingkat Jeram yang ada pada "video ini" tentunya berbaloi-baloi jika anda mendapatkanyan sekarang juga.

Cuma kami tak berani jamin yang anda akan ke sini di waktu dan tarikh yang telah di tetapkan oleh anda sekiranya cuba melengah-lengahkan sebarang Tempahan dari SEKARANG!.

Seorang Prof...UPSI Tinggalkan kata-kata seperti ini selepas ke sini

Prof. Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli bin Saludin

Fakulti Bahasa Dan Komunikasi Universiti Pendidikan Sultan Idris

Sekiranya anda sedang mendengarnya, dengarlah dengan teliti.

Apa Aktiviti Yang Boleh Di Lakukan Di Sini

Testimoni Tapak Perkhemahan (12)
pakej tapak perkhemahan KemSriPilah

Antara Kemudahan Asas Yang Kami Sediakan

Ruang Penyediaan Makanan Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Tandas Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Gambaran dalam tandas Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Surau Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Gambaran Dewan Serbaguna Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Gazebo tapak perkhemahan KemSriPilah
Masakkan Kampung Tapak Perkhemahan KemSriPilah
Testimoni Tapak Perkhemahan (11)

Setiap Hari Pelanggan Akan Bertambah dari semasa ke semasa.....Sekiranya anda tidak bertindak SEGERA tiada sebarang jaminan dari kami atau  Tarikh Pilihan Anda telahpun di ragut,di culik, di rompak atau sama waktu denganya oleh Seseorang yang melahirkan rasa minatnya, Oleh itu, Jangan Lagi berlengah dengan menjadi orang yang pertama membuat  pertayaan mengenai pakej lengkap kepada azali zulkarnain dengan SEGERA & klik LINK INI

Segala pertaNyaan mengenai pakej & khidmat SEBUT HARGA adalah PERCUMA!!

Salam Dari 911 m Dari Atas Laut

Terlalu banyak nilai tambah yang ada di sekitar Tapak Perkhemahan KemSriPilah ini,salah satunya adalah Gunung Bukit Ulu Pilah yang berketinggian 911 m dari paras laut.

Dengan meluangkan masa cuma 2-3 jam anda akan dapat menjadi sebahagian dari orang dalam gambar dan merasai sendiri berada di Puncak Gunung Bukit Ulu Pilah.

Kami di Tapak Perkhemahan KemSriPilah akan menyediakan guide beserta permit dari pejabat hutan bagi melicinkan lagi pendakian dari kumpulan anda.

WhatsApp Image 2019-04-24 at 22.00.23

Moto kami adalah First Come, First Serve ini bermakna kami amat mendahulukan sesiapa yg berminat serta Ingin mengetahui lebih lanjut cara pembayaran...Oleh itu, Segala pertanyaan mengenai pakej lebih lengkap boleh di ajukan kepada azali zulkarnain dengan klik LINK INI

Testimoni Tapak Perkhemahan (8)